Susah Cari Kerja



Assalamualaikum.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menaip. 

Ok post kali ni aku nak cerita sikit pasal kerja, rupanya bila kita dah habis belajar bila nak cari kerja, Ya Allah punya lah susah nak oii. 

Alhamdulillah, aku dah habis belajar dan telah pun graduated dalam Dip in Logistics and Supply Chain Management. Biasa lah orang muda muda ni dah dapat kerja berhenti. Kerja kejap lepas tu berhenti. Kerja tak ok lah, bos tak ok lah, tempat kerja tak ok lah, memilih lah, eh macam macam lagi lah. 

Ok dalam tahun ni dah 6 kerja aku tukar haha and sekarang aku menganggur tanam aku. Sedih kan ? Sebab kerja yang kita nak kebanyakkan nya memerlukan pengalaman 2 - 3 tahun, tak paham betul lepas tu letak expectation umur 18 tahun keatas, korang rasa ? dia tak sekolah ke apa ? hahaha ini ada lah lawak yang sangat menjadi dan patut join Sepahtu Reunion Live 2017.

Guys yang mana ada kerja kosong tu kat tempat kerja korang meh lah rekemen kat I ni. Penat weh nak tanam anggur yang tak berbuah. Apa pun tak boleh. So sad

InshaaAllah lepas ni nak cari kerja tetap, not lepas ni. Sekarang ni nak cari kerja tetap and cuba bertahan dengan situasi kerja semampu boleh untuk cari pengalaman yang berguna kelak. Perghhhhh ayat eh.



P/s : Usaha tangga kejayaan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.