Lama

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, masih lagi ingat password dan email blog ni. Yelah dah lama menyepi sejak sejak busy sambung degree. Ecehh menyampah pula, BTW aku dah tangguh 2 sem disebabkan hal hal tertentu dan telah berpindah uni di Johor, So sekarang I dah duduk johor semula.

Bye Kuala Lumpur.

So actually aku ada banyak benda nak gossip dengan korang sepanjang ketiadaan aku menaip di blog ni. Aku pergi holiday dengan sahabat aku serta buah hati. Chop! Sebelum aku holiday, selepas raya puasa, eh I mean dalam bulan raya tu, mak aku dikejarkan ke hospital, so Aku jaga dia selama 9 hari di hospital, Alhamdulillah lepas je boleh pulang ke rumah, semakin sembuh. Semoga dipanjangkan umur bonda ku. Amiinn


So bulan 9, aku holiday bersama sama mereka yang disebutkan tadi. Sebenarnya plan asal aku dengan member aku je nak holiday, tapi aku saje jemput buah hati join sekali so beramai ramai lah holiday. Sepatutnya 5 hari je, tapi aku tak balik naik flight so tertangguh sampai seminggu. Hahaha k jahat kan aku?

Lepas tu baru baru ni aku join Cik Yaya hiking dengan kawan tempat kerja dia dekat Tasik Biru Kangkar Pulai. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Pulang dengan satu kemenangan.

Eh aku tertinggal satu cerita lagi ke ? Sebelum aku balik ke JB, Aku hiking dengan member aku dekat Gunung Datuk, Rembau most wanted. Ni task yang first sekali sebelum holiday. Tinggi nak mati weh sumpah aku rasa nak berguling je dari atas sampai bawah.

Banyak sangat ni nak story, so nanti lah aku share pengalamannya tu ok? So selamat malam semua,

p/s : Gossip everywhere.... Hahahaa