2018

Image result for 2018

                    Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah masih bernafas untuk melangkah ke tahun baru. And now kita sudah pun berada di tahun 2018. So apa azam baru korang ? Tak nak kongsi ke sama I ? 

So pada hari pertama di tahun baru, aku nak kongsi sikit gambar gambar bersama kawan kawan. Alhamdulillah dapat lagi jumpa member member gua yang dah lama tak jumpa padahal baru seminggu lebih je tak jumpa. Thanks guys luang masa dengan aku, esok aku nak balik KL dah. Sambut tahun baru dengan kekasih pulak. Haha bagi chance lah sikit kat aku ni, dah sebulan tak jumpa ecehwah. 

So tadi aku and the gang pergi nonton wayang, makan, jalan-jalan, and makan lagi and jalan-jalan lagi. Kami tgok cerita Pitch Perfect 3 ok cerita dia not bad. So far so good. So guys yang belum tgok tu try lah tgok. Lepas dah tgok wayang tu berjalan lah lagi ke Paradigm Mall dekat Skudai, Johor. 
Aku rasa hari ni kita orang habis kan duit dekat makan je. Shopping takde pun. Window shopping je yang lebih. 

Now nak share gambar sikit.

 *Jannah, Putri and Me*







Hah buat lah tatapan sebelum tidur ok? Ok dekat Paradigm Mall ni ada tempat Ice Skate kalau siapa yang belum pergi tu, mana lah tahu korang teringin nak main ice skate tu boleh lah p sana ye. Hehehe
Kita orang ni tak pandai nak main pandai tgok je. 

Hah itu lah dia. 

*Seronok je tgok diorg main* 

Tapi siapa siapa yang tak pandai main tu please belajar dengan orang yang pandai main k, atau suruh siapa siapa tgok kan kamu, weh kalau jatuh sakit nak mati tau, lagi lagi yang perempuan boleh jatuh peranakan. So play safe and smart. 

p/s : Selamat tahun baru 2018, semoga tahun ini dapat mencapai cita cita dan impian dengan penuh jayanya.