Assignment, Live Forum,


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Haih *mengeluh* Cuti Raya Cina ni tak tenang buat aku oleh kerana assignment dan quiz muiz berlambak yang patut aku attempt! Ika rileks k, chill je ok! 
Tajuk assignment tak lah susah sangat, tapi aku tak tahu nak start dari mana. Disebabkan aku dah lama tinggalkan dunia assignment. Eceh lama lah sangat. Eh betul lah, zaman poli dulu lect sentiasa dekat dengan kita sebab kita hari hari pergi class. Kali ni agak berbeza, aku macam kejutan budaya belajar sikit sebab semuanya dihujung jari. Kena cepat catch up kalau tak tertinggal lah oii. 



Then Live Forum yang aku patut masuk dalam portal uni, guess what?! aku tertinggal banyak week kot. So aku kena baca balik apa yang classmate and lect bicangkan. Kena ambik semua isi isi penting kena study semula. Oh sungguh mencabar ye guys. Rasa macam aku tersingkir weh bila tak join diorang. Sedih weh! So cuti ni kena manfaat kan bebetul untuk catch up mana yang tertinggal. Cakap pada diri sendiri yang "kau boleh!"