Cik Ika
Ekspedisi Gunung Datuk
Monday 19 March 2018 | March 19, 2018 | 3comments

Bismillah...


Assalamualaikum..

Rasa macam dah lama menyepi, sebab nothing to express. So here we go, Minggu lepas aku and my sisterhood, rancang last minute untuk buat some activities while my firends cuti kerja sempena nak habiskan AL dia. So aktiviti ni melibatkan adik perempuan member aku and sepupu diorang. Actually aktiviti ni adalah paksaan dari kami [ aku dan Pika ] Sanggup aku and Pika balik JB selain tgok family, kami jemput adik perempuan "kami" untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. 

So 13 March 2018, 11:30 Pagi. Aku, Piqa dan Eyma bertolak pulang ke Kuala Lumpur. kerana pada 14 March 2018 kami akan mendaki Gunung Datuk, Rembau "most wanted yow."

14 March 2018, 0800AM. Start mendaki, weh like seriously separuh jalan aku dah memang pancit. Yelah aku bukan jenis orang bersuka or aktif sangat. Thanks to my friends support each other untuk sampai ke puncak. 2070m kami daki dan akhirnya kepuasan yang kami nikmati pada penghujungnya. Macam macam helah aku buat untuk stop daki, Tapi tak dilayan oleh mereka. You know what guys, sempanjang aku mendaki aku tak berhenti membebel dan sepatutnya boleh sampai awal kat puncak tapi not bad lah, pada jam 1040AM sampai kat puncak. Tapi dalam hati aku tak putus putus zikir, and kuatkan semangat. Diorang psiko aku untuk kuat tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri, at last aku sendiri kena psiko diri sendiri. 


*Ulat gonggok terbesar yang pernah aku nampak.*









Tak banyak gambar yang kitaorang ambil, Then tak ingat pukul berapa start turun. So pada mulanya agak baik je turun bila sampai kat batu batu je aku rasa macam tak percaya. Betul ke ni tempat aku naik tadi, Weh lagi scary kot memang kena hati hati gila. Kalau tak sia sia je kalau jatuh. Aku merayu rayu kat member aku nak buka kasut sebab sakit gila hujung jari aku sebab tekanan kaki tu weh. Punya lah nak hati hati sangat, akhirnya aku jatuh juga. "Gedebuk!" "Ika jatuh!!" Haha dan akhinya air mata mengalir tanpa sengaja, Air mata penat, sakit semua ada lah. Guess what? Aku stop nangis, cabut kasut stoking semua dan berjalan kaki ayam sampai lah ke penamat. Pergh time tu aku rasa freedom gila. Balik tu memang aku tak cakap banyak, dari aku start drive sampai rumah dan sampai lah kemalam baru aku bercakap. Kaki badan tangan semua jangan cakap lah sakit teruk. Rasa macam orang tengah berpantang jalan terkengkang kengkang. 

Kepala benjol sebab masa jatuh tu terhantuk batu nasib tak berdarah, lutut lebam, tangan lebam. Haha aku cakap dengan diorg tu firrst and last. But bila baca blog blog orang yang daki gunung ni buat aku rasa mcm nak mendaki lagi. Thank you to all my friends penat yang lumayan.


p/s : Kejayaan tak datang bergolek, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. 





3 Comments:

Blogger MisDiarios said...

seronoknya join aktiviti mcm ni :D
follow sini #403

20 March 2018 at 10:09  
Blogger Aika Ishak said...

Tapi kena kuat semangat tu yng paling penting hehe

20 March 2018 at 13:05  
Blogger Unknown said...

This comment has been removed by a blog administrator.

21 March 2018 at 04:50  

Post a Comment

Nice word allowed.


| Newer Post
Welcome here
Assalamualaikum Sahabat, terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yang comel ni;)
Zulaika nama diberi, berumur 25 tahun dan menetap di Johor Bahru;)

Le'Cbox



Peminat